Tips Kawal Kolesterol Tinggi
Kolestrol yang tinggi boleh mengundang pelbagai penyakit
berbahaya seperti stroke, darah tinggi dan lebih menakutkan serangan jantung.
Pengambilan makanan tanpa kawalan adalah punca utama seseorang itu mempunyai tahap kolesterol yang tinggi terutama makanan yang berlemak manis. Kita sering terpengaruh
dengan dorongan nafsu makan yang tinggi. Apatah lagi, Malaysia mempunyai kepelbagaian
makanan jenis bergoreng dan bersantan, hidangan pencuci mulut seperti kek, berbagai kuih-muih, coklat dan ais krim. Faktor kerap mengamalkan makanan tinggi lemak antaranya
organ dalaman, daging merah, makanan laut dan telur kuning juga mampu menjadi
faktor penyumbang terbesar kepada peningkatan paras kolestrol.
Paras Kolestrol Normal, Pertengahan & Tinggi
o Paras kolestrol darah normal merujuk kepada
sukatan kolesterol dalam darah yang berada di bawah 5.20 mmol/L. Ini merupakan
paras kolesterol darah yang unggul bagi anda.
o Paras kolestrol darah pertengahan pula merujuk
kepada sukatan kolesterol dalam darah yang berada pada julat 5.20 sehingga 6.5
mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol yang kurang sesuai bagi anda.
o Paras kolesterol darah tinggi pula merujuk
pula kepada sukatan kolesterol dalam darah yang melebihi 6.5 mmol/L. Ini
merupakan paras kolesterol yang memrbahaya untuk kesihatan anda.
Punca paras kolestrol melebihi paras normal
o Makan berlebihan terutamanya makanan yang
beminyak.
o Kerap makan makanan yang bergoreng. mentega,
marjerin dan minyak sapi
o Menggemari makanan berasaskan santan dan
kerisik.
o Makan daging berlemak dan ayam berkulit
o Makan daging proses seperti burger dan sosej.
o Kerap minum susu penuh krim dan makan hasil
tenusu seperti keju dan dadih
Sebenarnya pengambilan kolestrol yang sihat ialah di bawah 300mg
sehari. Tetapi mampukah kita mengawal nafsu makan dengan hanya membenarkan 300mg kolestrol sahaja masuk ke dalam badan
kita sehari. Gambar di bawah adalah kebiasaan makanan yang kita ambil setiap yang mana jumlah kolesterolnya adalah 3 kali ganda yang tubuh kita perlukan dalam sehari.
Ramai yang baru tersedar bahawa setiap hari mereka mengambil makanan yang tinggi kolestrol dan sering melebihi 300mg yang diperlukan oleh tubuh seseorang setiap hari.....itulah realiti rakyat Malaysia, untuk mengekalkan kolestrol di paras normal adalah sesuatu yang sukar kerana mudahnya mendapatkan aneka makanan yang lazat yang pastinya tinggi tahap kolesterolnya.
Penggunaan gula putih dalam makanan dan minuman yang berlebihan akan menambahkan kalori di dalam badan dan seterusnya ia akan membentuk lemak yang akan menyempitkan arteri atau pembuluh darah jika tidak 'dibakar' melalui senaman yang konsisten dan teratur.
Justeru itu segeralah bertindak sebelum terlambat...turunkan kolestrol ke paras normal dengan menggunakan RCC Sweetener Stevia sebagai pemanis pada makanan dan minuman anda setiap masa dan ketika. RCC Sweetener Stevia adalah esktrak semulajadi daripada tubuhan stevia yang yang diproses ke dalam bentuk cecair untuk memudahkan penggunaannya dan dibawa ke mana sahaja destinasi anda. Ia adalah 3 kali ganda lebih manis daripada gula putih, mengandungi '0' kalori dan bertindak sebagai penstabil kandungan gula di dalam darah.
No comments:
Post a Comment