Monday, 6 April 2015

Cara Menurunkan Gula Darah Secara Semulajadi

Cara Menurunkan Gula Darah Secara Semulajadi


Bukan suatu perkara yang mudah untuk menerima hakikat jika anda didiagnos menghidapi diabetes oleh pegamal perubatan. Perkara pertama yang pasti diminta oleh doktor ialah menjauhi gula....ianya suatu yang tidak mudah dilakukan kerana sudah terbiasa dengan makanan yang minuman yang mengandungi gula selain rasanya yang mencetuskan sejenis hormon dalam otak yang membuatkan kita berasa senang. Bagi penghidap diabetes, gula akan meningkatkan paras gula darah yang seterusnya akan meningkatkan risiko komplikasi yang melibatkan saraf, mata, buah pinggang dan jantung.
American Heart Association telah mengklasifikasikan gula dalam senarai penyebab yang boleh menjejaskan jantung selain daripada pengambilan terlalu banyak garam, lemak, kolesterol dalam diet. Ia turut dikaitkan sebagai punca kegemukan (obesiti), diabetes, tekanan darah tinggi, radang, paras trigliserida tinggi, penyakit jantung dan strok.


Cara menurunkan paras gula secara semualajadi:
1. Kurangkan pengambilan gula atau makanan dan minuman yang mengandungi kadar gula yang tinggi.
2. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi seperti nasi, lebihkan mengambil buah-buahan dan juga sayuran.
3. Bersenam sekurangnya selama 30 minit sebanyak 3 kali seminggu.
4. Pengambilan makanan dalam kuantiti yang sedikit pada satu-satu masa tetapi boleh menambah kekerapannya.  
5. Diet tinggi protin iaitu menambahkan jumlah pengambilan makanan yang mengandungi protin setiap dan mengurangkan karbohidrat.
6. Gantikan gula putih biasa dengan RCC Sweetener Stevia semulajadi sebagai bahan pemanis di dalam makanan dan minuman.

Pemanis semula jadi - Esktrak Stevia


Ia dikenali sebagai 'daun manis' atau stevia rebaudiana. Stevia 300 kali lebih manis daripada gula tetapi tidak mengandungi sebarang kalori ["0" kalori]. Ekstrak ini diperbuat daripada bahagian yang paling manis dalam daun steviaDi samping rasanya yang sedap, ekstrak stevia adalah selamat dan tiada kesan sampingan dan tidak menaikkan paras gula darah. Oleh itu, ia adalah pilihan bijak bagi penghidap pra-diabetes, diabetes dan mereka yang mengambil berat tentang kesihatan. Sebagai pemanis semula jadi, rasa stevia tidak seperti gula tetapi ia tetap menjadi pengganti gula yang terbaik.

Terkini, ekstrak stevia mencapai satu tahap lagi iaitu diproses dalam bentuk cecair dan terdapat dalam botol kecil bersaiz pemetik api yang memudahkan ia dibawa ke mana sahaja.


Kembalikan tahap kesihatan anda dengan mengamalkan penggunaan manisan semulajadi stevia di dalam makanan dan minuman anda...



No comments:

Post a Comment