Penawar Sakit Sendi Semulajadi
Apabila umur semakin meningkat, rata-rata kita akan mula mengalami
sakit sendi terutama di bahagian lutut dan buku lali terutama bagi mereka yang
aktif dan mereka yang terpaksa berdiri atau berjalan semasa bertugas. Untuk
mengetahui keadaan ini dengan lebih lanjut, kita kena memahami apakah itu sendi
dan peranannya.
Osteoarthritis lebih mudah dikenali
sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai
ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan
bertemu. Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk
permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak,
sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang
progresif (penyakit degeneratif sendi).
Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang
dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak
boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan
kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan. Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini
demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan
sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.
Tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
1. Sakit pada sendi yang terlibat.
2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan
berlaku.
3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
4. Adanya pembesaran tulang sendi.
Pengambilan stevia secara konsisten berupaya membantu pesakit sendi, daripada tahap rendah sehingga tahap kronik....dan ini telah dibuktikan kebenarannya oleh salah seorang pengguna RCC Royal Sweetener Stevia yang setia.
No comments:
Post a Comment