Punca Penyakit Kencing Manis
Kencing manis atau diabetes merupakan salah satu penyakit kronik yang menjadi penyebab kematian di negara kita. Dianggarkan 2.7 juta rakyat Malaysia mengidap kencing manis atau diabetes ini, jumlahnya mungkin mencecah sekitar 5 juta jika diambil kira kes-kes yang tidak dilapurkan.
Lebih merungsingkan peratusan golongan muda yang mengidap kencing manis ini semakin meningkat dengan begitu drastik.
Penyakit kencing manis | diabetes ini bukan sekadar mempunyai kandungan gula berlebihan dalam sistem darah,
malah lebih serius ia boleh menjejaskan organ penting pesakit seperti jantung,
buah pinggang, saraf dan mata.
Ketahui punca penyakit kencing manis di bawah ini:
Pola Pemakanan
Bagi mereka yang sering mengambil makanan yang mengandung karbohidrat secara
berlebihan akan meningkatkan risiko terkena penyakit diabetes. Hindari juga
makanan makanan yang mengandung lemak atau berlemak tinggi. Pengambilan makanan
secara sederhana dan bersesuaian. Kurangkan pengambilan makanan yang
manis, selalulah minum atau makan sumber yang rendah gula.
Pola
pemakanan yang tidak sihat dan tidak teratur adalah penyebab utama berlakunya
penyakit ini. Kehidupan moden zaman sekarang memaksa kita mengambil makanan
yang cepat dimasak dan mudah didapati seperti makanan di dalam tin atau makan
di restoran makanan segera tanpa kita menghiraukan risiko yang akan berlaku.
Menjaga pola pemakanan adalah kunci menghindari penyakit ini.
Obisiti
Masalah kegemukan atau obisiti amat berkait rapat dengan pola pemakanan seseorang, pola pemakanan yang tidak teratur akan
menyebabkan kegemukan. Peningkatan lemak yang berlebih didalam tubuh akan
mengganggu kerja pankreas yang bertindak merembeskan insulin di tubuh kita, dengan tergangunya hormon ini maka
terjadilah gejala penyakit diabetes. Ramai orang terkena diabetes disebabkan
kegemukan.
Kurang Bersenam
Kurang bersenam dan melakukan aktiviti riadah adalah punca utama obisiti, dan ini akan meningkatkan risiko seseorang terkena penyakit kencing manis | diabetes. Semakin sedikit aktiviti senaman yang anda lakukan maka semakin sedikit pula
gula didalam tubuh yang ditukar menjadi tenaga sehingga terjadi pengumpulan
gula didalam darah dan menyebabkan diabetes.
Faktor Usia
Faktor usia sering dikaitkan dengan penurunan tahap efisiensi fungsi organ dalam tubuh, ibarat sebuah mesin kalau sudah lama juga akan sering mengalami gangguan.
Faktor Keturunan
Faktor keturunan juga salah satu faktor yang menjadi punca seseorang mendapat kencing manis. Jika salah seorang ahli keluarga anda adalah penghidap penyakit kencing manis|diabetes, anda juga berisiko terkena
penyakit kencing manis.
Bagaimanapun,
Perunding Endocrinologis dan Ketua Unit Endokrinologi dan Diabetes Hospital
Pulau Pinang Dr Nor Azizah Aziz berkata penyakit diabetes
kronik boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan permakanan
seimbang.
"Bagi
mereka yang dijangkiti, komplikasi diabetes boleh dilambat atau dihalang dengan mengubah cara hidup " katanya.
Sekiranya anda penghidap kencing manis|diabetes, salah satu perkara yang mesti anda lakukan adalah dengan menghadkan pengambilan gula putih atau menggantikannya dengan dengan RCC Sweetener Stevia yang mengandungi "0" kalori di dalam makanan dan minuman seharian anda.
Klik link di bawah jika anda seorang pengidap kencing manis | diabetes:
No comments:
Post a Comment